Sunday, June 28, 2015

Bila Nak Kahwin?

Bismillah.

Bila dah masuk 20-an, soalan popular yang bakal ditanya pada korang ialah
"BILA NAK KAHWIN?"
Jika korang dah ada calon dan bakal langsung perkahwinan memang teruja nak jawab soalan ini. Tapi kalau korang masih sedang mencari dan menanti seperti aku ni, of course ini soalan paling korang menyampah! Betul tak? Betulkan? hehehe

Kadang-kadang soalan ini ditanya tak kira tempat. Kat pasarlah, kat majlis kendurilah, masa hari raya hatta dalam tandas pun akan ada yang tanya soalan ini. hehehe.. Maka kita yang masih single ini harus bersedia dan berlapang dada! Jangan marah-marah. Habis tue nak buat apa, bila dia aju soalan macam nie?


1. Senyum :D
Salah satu pilihan kau boleh senyum. Senyum saja. Tak perlu kata apa. Ekk tidak. ehh pun tidak. Senyum seikhlas hati. Pahala dapat sebab senyum pun sedekah kan? Hati pun ada senyum dan tenang.

2. Minta dia doakan untuk anda.
Kita tak tahu doa siapa untuk kita dimakbulkan Allah kan? Mana tahu doa si yang bertanya tadi Allah perkenankan. Jawab saja seperti ini:

"Insyaallah, doakan saya dipermudahkan jodohnya ya."

3. Pandang atas bawah.
Ini pilihan juga. Kau tak perlu jawab apa. Cukup pandang dia ke atas dan ke bawah. Confirm dia tak tanya dah kau soalan yang sama. Muka itu buat mimik bengis sikit okeh!

Selamat mencuba!


Saturday, June 27, 2015

Kembali.

Bismillah...
Hai.. saya dah ada blog baru!
Dek kerana keinginan berblog semakin membuak maka wujudlah blog ini.
Setahun lebih mak jemah 'puasa' dari blog lama itu.

Oklah!


Yang Benar,
Mak Jemah Jun!